Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mahu terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.
Pun jika begtu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat dari satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.. aku risau,
gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.. terasa berat pula untukku menyatakan perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat
yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidikku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar
sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi
pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal
tetap di rumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar
bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh
tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru,itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang di waktu yang sama,
aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal kau duduk saja.
Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dahulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika ku katakan andainya Hawa terpesong,
Maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramainya orang berkata jika anak jahat
emak bapak tidak pandai didik,
Jika murid bodoh,guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil,tidak mahu dengar kata,
tak mahu makan nasihat,kepala batu,pada hematku yang dhaif ini.
Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu,apakh didikanmu terhadapku sama
sepeti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Aam melayani Hawa sama seperti psikologi
Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh
terhadap kaum Hawa?
Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
Aku adalah pengikut-pengikutmu
Kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar,maka benarlah aku.
Jika kau lalai,lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan,nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari tiu Adam, pimpnlah tanganku,
kerana aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu
dan konco-konconya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu
agar menerangi hidupku.
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi
mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
Masih segan mengikut langkah para sahabat,
Masih gentar mencegah mungkar,
maka kita tunggu dan lihatlah,
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan
memerintah.
Malulah engkau Adam,
Malulah engkau pada dirimu sendiri
Dan pada Tuhanmuyang engkau agungkan itu....
macam penah bace.. awk penah wat notes tajuk ni kat fb
ReplyDeletehaha betul laa tuh
ReplyDelete