Sunday, 5 June 2011

DAKWAH YANG VERSATILE


kekadang kita menjadi hairan, kenapa di saat-saat kuliah, ceramah, kursus dan berbagai-bagai agenda dakwah begitu semarak, gejala sosial juga semakin bertambah. 
kadar penceraian, penderaan, pembuangan bayi dan lain-lain gejala negatif terus menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. 
apa yang tidak kena dengan aktiviti2 dakwah ini? kurang berkesankah? jika ya, kenapa?


acap kali tanpa disedari kita sendiri terperangkap dengan ketidakcekapan dan ketidakberkesanan dalam usaha murni mencegah kemungkaran. 
usaha yang kita buat mungkin telah betul... sayangnya, kerja yang betul itu tidak kita lakukan betul2. 
niatnya memang sudah baik, tetapi pelaksanaannya masih kurang professional  kerana dangkalnya ilmu dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan. 
kita harus ingat, golongan yang mnjadi sasaran para pendakwah sngat kompleks sifatnya. 
ia tidak boleh ditangani secara "one track minded" sahaja..








matlamat yang baik perlu dicapai dengan pendekatan yang baik. 
ini akn menjamin kebenaran itu difahami, dihayati dan dilaksankan oleh golongan sasar. 
ramai pendakwah, guru dan ibu bapa yang gagal dalam tugasan mereka bukan kerana apa yang mereka ingin sampaikan tidak baik.. 
tetapi kerana pendekatan mereka yang tidak sesuai..


pendekatan yang kasar, monotonous dan outdated akan ditolak walaupun niat dan matlamat mereka baik.
generasi masa kini, khususnya remaja lebih kritis dan kekadang agresif berbanding generasi remaja lalu.
justeru, kaedah berdakwah perlu lebih kreatif, humanisme dan dinamik.
sifat yang tegas, bernas dan cergas perlu disepadukan bagi membentuk fikiran, perasaan dan jiwa mereka..



No comments:

Post a Comment