Monday, 7 April 2014

Bagaimana cara untuk menghilangkan kesedihan ?

Assalamualaikum.

Ya. Bagaimanakah cara untuk menghilangkan kesedihan ? Okay kat sini aku akan bentangkan cara-cara aku hilangkan kesedihan. Cara ni mungkin untuk sesetengah orang cuma bersifat sementara & pengurang kesedihan. Sejauh mana sedih itu berkurangan bergantung kepada usaha korang. Siapa ikut cara ni, Insya Allah akan menjadi. Ini bukan janji tapi PASTI. wee

POSITIF

Kenapa nak kena positif ? Haa meh nak cerita sikit.
Cuba korang bayangkan bila mana korang asyik duduk memikirkan benda yang buat korang sedih benda tu akan menjadi lebih sedih. Contohnya, korang ada buat satu kesilapan yang mana melibatkan diri korang macam failed atau "kurang mencapai" matlamat untuk capai pointer yang korang tetapkan untuk satu exam. Korang janganlah asyik nak salahkan diri sendiri atau takdir bila mana benda tu jadi. Cubalah positifkan mentaliti dengan mind setting korang akan bangkit dengan semangatnya untuk capai matlamat korang tu.
Fikirkan strategi baru. Come on lahh. Peluang tu masih ada selagi mana kita masih hidup.

p/s  Ada cerita masa zaman matrik aku dulu, ada sorang budak jadi kurang waras sebab pointer kurang 0.01 daripada 4.00.

ALIHKAN PERHATIAN

Alihkan perhatian kat sini bermaksud alihkan perhatian korang daripada benda yang buat korang sedih contohnya putus cinta ataupun terlampau rindukan yang tersayang. Haa kat sini takda unsur jiwang ye kawan-kawan. Maksud aku family *cover line cover line*. Point ni pun lebih kurang macam yang kat atas cuma beza sikit je. Bila sedih tu datang cuba buat aktiviti yang boleh buat korang rileks macam bersukan ke, melepak dengan kawan ke, tidur ke. Kalau macam aku, tidur je paling terbaik. Sebab bila aku terjaga kat dunia nyata mesti ada je benda yang boleh terkait dengan sedih aku tu.

p/s  Nangis puas-puas pastu kita tidur. Terasa hilang beban kat dada tu.



aidashamsudin.blogspot.com


LUAHKAN

Kalau rasa tak mampu sangat nak pendam sorang diri, luahkan saja sedih tu. Apa gunanya bercinta bagai nak rak tapi partner sendiri taknak manfaatkan? Ni sibuk kat partner orang lain. Tapi kalau dah partner tu jenis tak pandai nak menenangkan juga nak buat macam mana kan. Seelok-eloknya pilih lahh kawan-kawan yang boleh dipercayai. Masa nilah kita akan tahu sejauh mana ikhlas kawan kita tu. kalau tak percaya orang luar juga, adik-beradik , mak ayah pun ada. Susah senang macam mana kita sekalipun, keluarga tetap bersama kita ye kawan-kawan. INGAT. Kalau dah anak tunggal, pandai-pandailah ye.

p/s  Kalau macam aku luahkan dengan tulis diari atau bebel kat bantal busuk oren tu je. Takdalah dengar komen yang menambah sedih. Hehe

KETUHANAN

Kalau yang macam ni kira pasrah lahh orang cakap. Dah penat nangis luah habis cerita kita rujuk pada yang satu. Yang muslim boleh berzikir atau baca Al-Quran sebagai langkah akhir. cara ni paling berkesan bila mana kita kesusahan. Berdoa pun jangan dilupa. Doa senjata umat Islam. Kalau non-muslim pun lebih kurang, buat sesuatu yang mendekatkan diri kepada Tuhan supaya hati tenang. Pada yang tidak beragama, boleh pilih mana-mana cara untuk legakan perasaan sedih.

p/s  Ayah selalu pesan kalau sedih rajinkan diri baca Surah Yassin. Alhamdulillah pesan tu diamalkan selalu dan menjadi.

Okay itulah yang mampu dibentangkan. Semoga dapat dimanfaatkan dan berkesan. Insya Allah susah macam mana sekalipun jalan lain akan muncul. Yang penting kekuatan diri kita untuk tangani benda tu.


No comments:

Post a Comment