Assalamualaikum.
Pernah tak korang rasa nak buat solat sunat taubat tapi tak tahu
macam mana nak buat. Okay kali ni saya akan berkongsi ilmu dengan korang.
Sharing is caring. Wahh gitu kau ! Haha
Rasulullah SAW. telah bersabda:
“Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk
kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti
akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka
yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya
sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi
terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa,
selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan
mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran
syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka
selamanya.”
(HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
Mula-mula kita kena tahu, apakah
fadhilat solat sunat taubat ni. Barulah niat di hati tu semakin kuat nak buat.
Insya Allah.
Fadhilat
Taubat :
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala
urusan.
3. Menceriakan kehidupan
seharian.
4. Menghilangkan
perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan
menghindari gangguan.
Cara-cara mengerjakannya :
- Niat solat sunat taubat
.
Rakaat pertama:
Surah Al-Kafirun (3 kali) @
Ayat Kursi (11 kali)
Rakaat kedua:
Surah Al-Ikhlas (3 kali) @ (11 kali)
p/s
Ayat Kursi & Surah Al-Ikhlas selalu menjadi pilihan Rasululullah
sebab pahala membacanya seperti pahala membaca satu Al-Quran.
- Semasa
sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu
selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali :
- Setelah
memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
a. Bacalah
istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali
b. Sambung baca Istighfar Tauhid
berikut sebanyak 10 / 100 kali
c. Kemudian bacalah Penghulu
Istighfar / Sayyidul Istighfar sebanyak 3 Kali :
Akhir sekali, baca doa taubat.
Doa taubat ni takda yang khusus
selain beristighfar lepas solat.
Seeloknya panjatkan doa kepada Allah untuk
diampunkan dosa-dosanya.
Penghulu Istighfar / Sayyidul
Istighfar pun boleh jadi sebagai doa.
Yang penting hati kita ikhlas untuk
taubat.
*Semoga bermanfaat !
p/s Solat sunat taubat boleh dilakukan ANYTIME. Tapi lebih
afdhal buat masa 2/3 malam. Macam qiammulail gitu. Sebab waktu tu waktu yang
mudah untuk dekat pada Allah.
No comments:
Post a Comment