Friday, 16 November 2012
Thursday, 15 November 2012
Nurul Eryna Zahra..
Itu lah nama diberi oleh ayah untuk newborn kitorang..
Maaf lah gambar tak diletakkan sekali untuk preview post kali ni..
Tapi insya Allah ada masa and rezeki nanti,, aku insert gamba baby kat blog ni ye..
FYI,, baby Zahra (panggilan manja baby..hehe) dilahirkan pada 18 Oktober 2012 pada jam 2.01pm..
Baby Zahra dilahirkan 1 bulan awal daripada jangkaan iaitu pada 21 November 2012..
Lepas dilahirkan, ada sikit laa prob nye,, baby still tak pandai untuk bernafas.. (almaklumlah keluar awal sangat dari perut..).
Oleh sebab itu, baby terpaksa diletakkan dalam inkubator kaca yang dipenuhi dengan oxygen..
Baby Zahra bernafas tak guna tiub oxygen tau..
Dia just kena paksa bernafas jep..
Erm.. Satu lagi,, my mum tu ofcourse laa kena paksa delivered..
Then, maksud nye delivered dengan cara melakukan operation..
Dengar jep dah menakutkan.. (dah laa aku ni cepat seriau.. Eisyy..)
Tambahan tu jugak, baby Zahra waktu delivered tu just 1.3 kg jep..
memang kecik giler laa..
Macam mane besar penumbuk kite,, macam tu laa besar kepala dia..
Tapi sekarang ni alhamdulillah..
Berat baby Zahra dah makin bertambah jadi 2.3 kg..
Badan dia pun dah makin besar berkat usaha parents aku bagi dia susu Similac Neosure..
Maaf lah gambar tak diletakkan sekali untuk preview post kali ni..
Tapi insya Allah ada masa and rezeki nanti,, aku insert gamba baby kat blog ni ye..
FYI,, baby Zahra (panggilan manja baby..hehe) dilahirkan pada 18 Oktober 2012 pada jam 2.01pm..
Baby Zahra dilahirkan 1 bulan awal daripada jangkaan iaitu pada 21 November 2012..
Lepas dilahirkan, ada sikit laa prob nye,, baby still tak pandai untuk bernafas.. (almaklumlah keluar awal sangat dari perut..).
Oleh sebab itu, baby terpaksa diletakkan dalam inkubator kaca yang dipenuhi dengan oxygen..
Baby Zahra bernafas tak guna tiub oxygen tau..
Dia just kena paksa bernafas jep..
Erm.. Satu lagi,, my mum tu ofcourse laa kena paksa delivered..
Then, maksud nye delivered dengan cara melakukan operation..
Dengar jep dah menakutkan.. (dah laa aku ni cepat seriau.. Eisyy..)
Tambahan tu jugak, baby Zahra waktu delivered tu just 1.3 kg jep..
memang kecik giler laa..
Macam mane besar penumbuk kite,, macam tu laa besar kepala dia..
Tapi sekarang ni alhamdulillah..
Berat baby Zahra dah makin bertambah jadi 2.3 kg..
Badan dia pun dah makin besar berkat usaha parents aku bagi dia susu Similac Neosure..
Saturday, 13 October 2012
Newborn Coming . . ! :)
![]() |
It's been a long time aku tak update blog ni.. Dah terlalu berhabuk sangat2 blog ni.. (sorry my 'sayangs' coz tinggal awak lama sangat.. saya busy sangat kat matrik..)
Oleh disebabkan lama sangat aku tak update, agak banyak laa jugak something happen to me..
Especially about my mum coming soon she will delivered her baby on this November..
It's kinda surprising news to me knewing this! :).. manakan tak nye my beloved mum tu had reached 42 on this year.. Boleh jadi monkey shockey (terkejut beruk..hehe) tau tak..
Memang dah jadi satu news yang memang unexpected dalam family kitorang.. Almost all things about newborn, my mum dah prepare..
Tapi tadi kan.. awal pagi tadi ayah call, his asked me "nak keluar tak arini ?? kalau nak ayah ambilkan..".. Mula2 tu jual mahal tak nak keluar.. Pastu fikir2 balik rasa macam nak keluar lak..hehe.
So, aku text laa my mum cakap nak keluar arini.. pastu mum suruh text bagi tahu ayah yang aku nak keluar..
Then, sebagai anak yang baik (konon laa...) text laa ayah.. hehe baik x ??
Unfortunately, aku outing tadi bukan nya untuk enjoy dengan family.. Tapi kitorang drop by kat HTAA (Hospital Tengku Ampuan Afzan).. Rupa2 nya kitorang melawat my mum..
Tak terkejut sangat pun sebab dah boleh agak kenapa mak masuk wad.. Kalau tak sebab darah tinggi, mesti sebab kencing manis.. Normal laa sebab pembawakan baby dalam perut.. ( padahal sebab makan maggi kot.. cian my mum..)
CADANGAN NAMA BABY.. :)
- boy : AHMAD SYAUQANI @ AHMAD DANIAL SYAUQANI @ AHMAD DANIAL
- girl : NURUL SYAUQANI @ NURUL AISYAH SYAUQANI @ NURUL AISYAH
Tuesday, 22 May 2012
Buat Adam . . . Dari Hawa
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mahu terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.
Pun jika begtu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat dari satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.. aku risau,
gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.. terasa berat pula untukku menyatakan perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat
yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidikku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar
sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi
pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal
tetap di rumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar
bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh
tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru,itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang di waktu yang sama,
aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal kau duduk saja.
Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dahulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika ku katakan andainya Hawa terpesong,
Maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramainya orang berkata jika anak jahat
emak bapak tidak pandai didik,
Jika murid bodoh,guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil,tidak mahu dengar kata,
tak mahu makan nasihat,kepala batu,pada hematku yang dhaif ini.
Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu,apakh didikanmu terhadapku sama
sepeti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Aam melayani Hawa sama seperti psikologi
Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh
terhadap kaum Hawa?
Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
Aku adalah pengikut-pengikutmu
Kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar,maka benarlah aku.
Jika kau lalai,lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan,nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari tiu Adam, pimpnlah tanganku,
kerana aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu
dan konco-konconya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu
agar menerangi hidupku.
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi
mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
Masih segan mengikut langkah para sahabat,
Masih gentar mencegah mungkar,
maka kita tunggu dan lihatlah,
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan
memerintah.
Malulah engkau Adam,
Malulah engkau pada dirimu sendiri
Dan pada Tuhanmuyang engkau agungkan itu....
Thursday, 10 May 2012
Kenali 5 Sikap Wanita Melalui Bantal
Info kali ini aku petik daripada http://melayukini.net. Hal ini kerana info ni amat menarik perhatian aku..
Enjoy yourself.. Info ni untuk suka - suka jep tau.. =)
Melayukini.net – Kenali 5 Sikap Wanita Melalui Bantal | Wanita merupakan insan yang dicipta oleh Allah sebagai teman kepada seorang lelaki. Hadirnya sebagai penyeri, dan lambang kepada kehidupan yang harmoni. Wanita terkenal dengan sikap mereka yang penyayang, sensitif dan lembut tetapi kadang-kadang “unpredictable” juga. Tahukah sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka. Jom kita baca 5 sikap wanita dengan bantal.
Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tidak suka berusaha.
Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
Melayukini.net – Tak yah caya sangat fakta tentang sikap wanita berdasarkan cara mereka bersama bantal ni sebab bukan betul sangat pun. Tapi kalau nak main-main dan untuk seronok-seronok boleh je. Allah je yang Maha Mengetahui. Tawakal kepada Allah, insyaAllah lelaki baik untuk perempuan baik dan begitulah sebaliknya.
# blogger ada tabiat tidur yang pertama.. memang betul pun apa yang dinyatakan.. :P
Subscribe to:
Posts (Atom)