Assalamualaikum.
Saya bukanlah nak buat review cuma nak berkongsi produk saya sedang guna. Hehe.
HidraVita SimplySiti Treatment Cream merupakan sejenis produk vitamin untuk kulit. Produk ni berbeza sikit sebab kita boleh apply terus pada kulit berbanding produk vitamin lain yang perlu dimakan.
Cara penggunaan pun mudah. Cuma gunakan 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Kalau macam saya guna secara jimat guna waktu malam sebelum tidur. Seeloknya cuci muka dengan pencuci muka kemudian sapukan toner baru sapu Treatment Cream ni.
Produk ni boleh didapati cawangan farmasi kosmetik Watsons terpilih. Masa saya nak beli tu kuantiti produk SimplySiti tak banyak mana pun. Terhad. Pilihan treatment cream pun cuma ada satu unit untuk setiap Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E.
Macam gambar kat atas saya beli Vitamin C dan Vitamin E. Vitamin C untuk hasil kulit cerah sekata manakala Vitamin E untuk membaiki kulit rosak.
Alhamdulillah setakat ni takda masalah selama penggunaan produk ni. Kurang melekit jika guna kuantiti yang betul. Bau pun menyenangkan. Pakai malam sebelum tidur esok bangun jerawat kecut ! Wink.
Saya guna secara berasingan. Minggu ni guna Vitamin E minggu depan Vitamin C pula. Keputusannyaa... AWESOME !
Ihiks.