Assalamualaikum.
Hijrah ? Hijrah bukanlah suatu perkara yang mudah dapat dikecap sekelip mata. Hijrah perlukan banyak pengorbanan dan semangat yang kuat. Manis sebenarnya perkara hijrah ni. Masa inilah jiwa hati dekat dengan Allah. Saya pun masih lagi bertatih untuk membaiki diri.
Sesat
Jujur saya akui saya pernah kehilangan punca waktu mentarbiah diri. Kawan-kawan yang tarbiah-ed (eh?) amat susah dicari. Terutama sekali yang betul didikan pemahamannya mengenai agama. Saya ada 2-3 orang yang tak henti-henti membantu saya. Alhamdulillah Allah kurniakan mereka kepada saya. Selain daripada kawan, kita juga boleh buat rujukan daripada pembacaan buku. Tiada bahan baca? Jangan risau.. Internet pun membantu. Korang boleh buat rujukan melalui blog-blog, facebook, twitter. Rujukan seperti ini tak digalakkan sebab kemungkinan kurang nas-nas juga hujah yang tepat. Seeloknya pergilah ke mana-mana majlis ilmu. Dan untuk lebih mantap lagi, bertanya sendiri kepada yang alim.
Macam mana nak ikhlaskan hati ? Saya ikut orang je ni..
Ikut orang ye? Tak mengapa.. Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya kita buat sesuatu yang menambah kebaikan daripada langsung tak berbuat apa-apa. Ikhlas tu boleh dicari. Usah risau.. Mula-mula kita akan buat sebagai terpaksa atas dasar ajakan kawan-kawan yang tak putus-putus ingin lihat kita jadi baik. Bukan maksud saya sebelum ni tak baik. Tapi menjadi lebih baik daripada kurang baik yang sebelumnya. Berubah ni boleh menjadi suatu trend. Tapi Insya Allah berkat usaha kita doa kita minta pada Allah hati akan jadi ikhlas. Cuba selami disebalik usaha kita tu apa kebaikan yang bakal kita dapat. Kebaikan dari masyarakat, kawan-kawan, adik-beradik, ibubapa dan juga diri sendiri. Tak dilupakan kebaikan di sana. Mesti nak kan dapat redha Allah. Subhanallah.. Beruntung sungguh sesiapa yang berjaya. Buangkan perasaan tak comel tu. Tak baik untuk jantung tau.
Putus asa
Mustahil saya katakan kalau tak pernah berputus asa. Semua orang akan mengalaminya secara sedar ataupun tak sedar. Kita ambil contoh pencipta mentol, Thomas Edison. Dalam banyak kali cubaan beliau mencipta mentol tak ada satu pun yang berjaya hinggalah cubaan ke-1000. Bayangkanlah kalau cubaan kali ke-1000 dia tak realisasikan dek putus asa, sampai sekarang kita mesti guna pelita ataupun lampu itik lagi. Nampak tak? Sama juga dengan saya dan korang semua. Kita semua pernah kecundang gagal berputus asa dengan usaha sendiri. Tapi ingat... Allah kan ada. Mintalah pada Dia untuk dicekalkan hati. Insya Allah segalanya akan menjadi mudah percayalah.
Saya tak kuat beristiqamah...
Masya Allah.. Istiqamah memang payah. Saya sendiri pun terkial-kial bangun semula lepas jatuh dari bangunan istiqamah. Terutama sekali dalam bab pemakaian. Jujur saya katakan pakaian dalam robok saya tu tak banyak menunjukkan saya seorang muslimah. Tapi... Bukan dengan alasan tu saya boleh berhenti berubah. Setiap kali saya rasa penat berusaha saya akan marah pada diri saya. Saya akan torture diri saya untuk ingat semula kezaliman diri yang saya dah buat. Masa itulah diri jadi kuat semula untuk terus menerus perbetulkan diri. Paling koman pun saya akan lihat orang sekeliling dan cermin semula pada diri saya. Apa kebaikan orang lain buat untuk diri mereka & apa pula kebaikan saya dah buat untuk diri sendiri ? Masa itulah mata hati saya baru tercelik.
Happy Ending..
Bila teringat semula pengalaman berjaya jumpa arah jalan yang betul, hati semakin ikhlas tiba-tiba kecundang di persimpangan putus asa tetapi tetap terus ingin berjalan di atas jalan istiqamah, masa itulah baru kita terasa manisnya jalan hijrah ni. Tak terucap oleh kata-kata sampai menitis air mata kerana bangga dengan kejayaan sendiri. Sujud syukur, tasbih takbir kita kumat-kamitkan sebab dipertemukan kebahagian. Nanti dulu ! Bahagia takkan tercapai selagi kita masih belum mengajak yang lain. Kan seronok bila ramai dapat sama-sama merasa ketenangan.. Takkan nak syok sorang sorang je kan. Jom kita sama-sama bertarbiah semoga mendapat keredhaan-Nya. Insya Allah.
Semoga berjaya !
:)