Friday, 3 October 2014

Cerita Baru

Assalamualaikum.

Hi there ! Sudah lama kita tak bersua muka kan? Haha. Maaflah. Sejak kebelakangan ni saya teramatlah sibuk sedikit. Maklumlah sudah menjejak ke tahun kedua. Maka dengan itu makin bertambahlah urusan yang perlu saya uruskan.

Pertama

Saya perlu uruskan urusan pertukaran bangunan asrama saya. Daripada asrama civilian yakni bukan PALAPES kepada asrama tentera *tangan di bahu mata ke atas* . Masih lagi dalam proses pertimbangan. Entah bila dapat tukar pun saya tak tahu. Haihh

Kedua

Jadual kelas yang padat. Ya. Padat lagi sendat macam ikan sardin cap ayam yang dalam tin tu. Bila buka penutup tin, meleleh habis sos dia. Sengaja saya buatkan kelas saya padat supaya saya TIDAK LAGI BERFOYA-FOYA. Kelas sikit saya pun jadi lagha. Tahu kan apa itu lagha?

Ketiga

Bisnes. HAHAHAHA *gelak jahat* . Okay serius. Betul. Sekarang ni saya sedang menjalankan sebuah bisnes. Bisnes yang mana bakal buatkan jantung korang tercabut. HAHAHA. Okay okay gurau.

Inilah bisnes sayaaaaa. Tadaaaa !

aidashamsudin.blogspot.com
Logo tak confirm lagi. Masih dalam pertimbangan boss.


aidashamsudin.blogspot.com
Followers tak ramai. Sebab baru je established.


aidashamsudin.blogspot.com
Second postage kami. Yang first tak berkesempatan.

Saya dan partner. Ehem ehem. Korang tahukan partner saya siapa. Hehe. Kami buat bisnes kecil-kecilan bersama-sama. Konon macam sweet gitu haa. Bisnes ni kami buat secara online. Penghantaran hanya dalam Semenanjung Malaysia sahaja. Niat hati memang nak buat sampai ke Sabah Sarawak. Tapiii.. Maklumlah penghantaran ke sana memerlukan kos yang tinggi. In shaa Allah berkesempatan dan murah rezeki akan kami realisasikan. Hee. 

Stok kami jual tak mahal pun. Dari RM35 - RM50 tak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran kami tak ambil banyak. Harga kami harga borong. Borong korang tempah maka boronglah harga korang. Hehe.

So, sebarang pertanyaan atau tempahan berkenaan tempahan bolehlah korang rujuk pada noombor telefon yang tertera kat bawah ni. WhatsApp aja.

Akaun Instagram kami disini.

010-5755189 / 014-5086475
Nusantara Trading


Monday, 18 August 2014

Cinta

Assalamualaikum.

Cinta sesuatu yang indah.
Cinta fitrah kurniaan Tuhan.
Cinta itu suci lagi abadi.
Cinta itu menyenangkan.
Cinta itu membahagiakan.

Jangan terpedaya pada janji palsu.
Jangan terpedaya dengan kata manis.
Jangan terpedaya dengan tipu helah.
Jangan terpedaya dengan angan igauan.
Jangan terpedaya dengan cinta bukan hak mu.

Itu bukan cinta kalau ada paksaan.
Itu bukan cinta kalau ada penipuan.
Itu bukan cinta kalau ada kesedihan.
Itu bukan cinta kalau ada kemarahan.
Itu bukan cinta kalau ada kesepian.

Cinta harta sentiasa takut.
Cinta dunia sentiasa binasa.
Cinta manusia sentiasa berubah.
Cinta Rasul sentiasa rindu.
Cinta Allah sentiasa damba.

"Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mu'min, lelaki dan perempuan yang tetap dalam keta'atannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyu', lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."
[al-Ahzab, 33:35]


Sunday, 13 July 2014

Hijrah

Assalamualaikum.

Hijrah ? Hijrah bukanlah suatu perkara yang mudah dapat dikecap sekelip mata. Hijrah perlukan banyak pengorbanan dan semangat yang kuat. Manis sebenarnya perkara hijrah ni. Masa inilah jiwa hati dekat dengan Allah. Saya pun masih lagi bertatih untuk membaiki diri.

Sesat

Jujur saya akui saya pernah kehilangan punca waktu mentarbiah diri. Kawan-kawan yang tarbiah-ed (eh?) amat susah dicari. Terutama sekali yang betul didikan pemahamannya mengenai agama. Saya ada 2-3 orang yang tak henti-henti membantu saya. Alhamdulillah Allah kurniakan mereka kepada saya. Selain daripada kawan, kita juga boleh buat rujukan daripada pembacaan buku. Tiada bahan baca? Jangan risau.. Internet pun membantu. Korang boleh buat rujukan melalui blog-blog, facebook, twitter. Rujukan seperti ini tak digalakkan sebab kemungkinan kurang nas-nas juga hujah yang tepat. Seeloknya pergilah ke mana-mana majlis ilmu. Dan untuk lebih mantap lagi, bertanya sendiri kepada yang alim.

Macam mana nak ikhlaskan hati ? Saya ikut orang je ni..

Ikut orang ye? Tak mengapa.. Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya kita buat sesuatu yang menambah kebaikan daripada langsung tak berbuat apa-apa. Ikhlas tu boleh dicari. Usah risau.. Mula-mula kita akan buat sebagai terpaksa atas dasar ajakan kawan-kawan yang tak putus-putus ingin lihat kita jadi baik. Bukan maksud saya sebelum ni tak baik. Tapi menjadi lebih baik daripada kurang baik yang sebelumnya. Berubah ni boleh menjadi suatu trend. Tapi Insya Allah berkat usaha kita doa kita minta pada Allah hati akan jadi ikhlas. Cuba selami disebalik usaha kita tu apa kebaikan yang bakal kita dapat. Kebaikan dari masyarakat, kawan-kawan, adik-beradik, ibubapa  dan juga diri sendiri. Tak dilupakan kebaikan di sana. Mesti nak kan dapat redha Allah. Subhanallah.. Beruntung sungguh sesiapa yang berjaya. Buangkan perasaan tak comel tu. Tak baik untuk jantung tau.

Putus asa

Mustahil saya katakan kalau tak pernah berputus asa. Semua orang akan mengalaminya secara sedar ataupun tak sedar. Kita ambil contoh pencipta mentol, Thomas Edison. Dalam banyak kali cubaan beliau mencipta mentol tak ada satu pun yang berjaya hinggalah cubaan ke-1000. Bayangkanlah kalau cubaan kali ke-1000 dia tak realisasikan dek putus asa, sampai sekarang kita mesti guna pelita ataupun lampu itik lagi. Nampak tak? Sama juga dengan saya dan korang semua. Kita semua pernah kecundang gagal berputus asa dengan usaha sendiri. Tapi ingat... Allah kan ada. Mintalah pada Dia untuk dicekalkan hati. Insya Allah segalanya akan menjadi mudah percayalah.

Saya tak kuat beristiqamah...

Masya Allah.. Istiqamah memang payah. Saya sendiri pun terkial-kial bangun semula lepas jatuh dari bangunan istiqamah. Terutama sekali dalam bab pemakaian. Jujur saya katakan pakaian dalam robok saya tu tak banyak menunjukkan saya seorang muslimah. Tapi... Bukan dengan alasan tu saya boleh berhenti berubah. Setiap kali saya rasa penat berusaha saya akan marah pada diri saya. Saya akan torture diri saya untuk ingat semula kezaliman diri yang saya dah buat. Masa itulah diri jadi kuat semula untuk terus menerus perbetulkan diri. Paling koman pun saya akan lihat orang sekeliling dan cermin semula pada diri saya. Apa kebaikan orang lain buat untuk diri mereka & apa pula kebaikan saya dah buat untuk diri sendiri ? Masa itulah mata hati saya baru tercelik. 

Happy Ending..

Bila teringat semula pengalaman berjaya jumpa arah jalan yang betul, hati semakin ikhlas tiba-tiba kecundang di persimpangan putus asa tetapi tetap terus ingin berjalan di atas jalan istiqamah, masa itulah baru kita terasa manisnya jalan hijrah ni. Tak terucap oleh kata-kata sampai menitis air mata kerana bangga dengan kejayaan sendiri. Sujud syukur, tasbih takbir kita kumat-kamitkan sebab dipertemukan kebahagian. Nanti dulu ! Bahagia takkan tercapai selagi kita masih belum mengajak yang lain. Kan seronok bila ramai dapat sama-sama merasa ketenangan.. Takkan nak syok sorang sorang je kan. Jom kita sama-sama bertarbiah semoga mendapat keredhaan-Nya. Insya Allah.




Semoga berjaya !
:)

Saturday, 28 June 2014

Resipi Ramadhan !

RESEPI SEBULAN BERBUKA TAK PAYAH PENING-PENING

Menu:

1. Ayam Panggang Bermadu
2. Udang Masak Serai Wangi
3. Ikan Siakap Kukus
4. Ikan Masak Berlada
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
7. Pajeri Nenas
8. Mee Hailam
9. Ketam Bertelur
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
12. Ikan Tiga Rasa
13. Ikan Pari Lemas!!!!
14. Tandoori Kurau
15. Tom Yam
16. Nasi Ayam Hakka
17. Mee Rebus
18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
19. Ayam Golek Seri Pahang
20. Kari Kepala Ikan
21. Black Pepper Steak
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
24. Soto Ayam
25. Nasi Paprik
26. Nasi Dagang
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
28. Gulai nenas ikan kering orang utara
29. Ayam Bercili masak ketumbar
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
________________________________________
Ayam Panggang Bermadu

Bahan-bahan:
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa

Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
________________________________________
Udang Masak Serai Wangi

Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.
atas
________________________________________
Ikan Siakap Kukus

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
atas
________________________________________
Ikan Masak Berlada

Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.
atas
________________________________________
Ikan Kerapu Masak Asam Manis

Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak (untuk goreng)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.

Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
atas
________________________________________
Ayam Masak Cendawan Ala Cina

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram

Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
________________________________________
Pajeri Nenas

Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

Cara memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
atas
________________________________________
Mee Hailam

Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Masukkan sayur2 an dan mee.
________________________________________
Ketam Bertelur

Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar

Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
________________________________________
Ayam Kepak Masak Minyak Bijan

Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram

Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
________________________________________
Nehari (Kari Kambing Kashmir)

Bahan-bahan:
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.
________________________________________
Ikan Tiga Rasa

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar

Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang atas ikan.
________________________________________
Ikan Pari Lemas!!!!

Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
- di basuh bersih
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu rileks)

Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula

Bahan C:
10 biji limau kasturi

Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit.
________________________________________
Tandoori Kurau

Bahan-bahan:
3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia (dicincang halus)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi

Cara:
1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4. Hidangkan bersama roti atau nasi.
________________________________________
Tom Yam

Bahan-bahan:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging - 250 gm (dipotong kecil)
Udang - terpulang pada tukang masak

Bahan A –
Blenderkan Halia
3 inci Bawang merah
6 ulas Cili api
20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah)
Bahan-bahan lain
Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg (dipotong)
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong 4)
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam
Bahan perasa - jika berminat

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....
________________________________________
Nasi Ayam Hakka

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih

Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
________________________________________
Mee Rebus

Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur

Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua

Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
________________________________________
Gulai Tempoyak Ikan Kembung

Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam

Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
________________________________________
Ayam Golek Seri Pahang

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman.
________________________________________
Kari Kepala Ikan

Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
________________________________________
Black Pepper Steak

Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.

Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.

________________________________________
Gulai Tempoyak Ikan Kembung

Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam

Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.

________________________________________
Asam Pedas Tumis (Melaka)

Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka.

Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.

Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...

________________________________________
Soto Ayam

Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)

Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.

Bahan B
10 bijik bawang merah

Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan c
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap

Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula

Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .
atas
________________________________________
NASI PAPRIK

Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
________________________________________
Nasi Dagang

Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang

Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)

Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam periuk
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
Masukkan santan pekat dan asam gelugor
Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

________________________________________
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat.

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
________________________________________
Gulai nenas ikan kering orang utara

Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis

Cara memasak :
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.

________________________________________
Ayam Bercili masak ketumbar

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping

Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan atas meja.
________________________________________
Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)

Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure) .
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya.

Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali kecilkan api supaya ia cepat empuk.

Tuesday, 27 May 2014

Ketiak Busuk

Assalamualaikum.

Sekarang ni musim panas sangat. Bila dah panas sangat cuaca tu mesti badan berpeluh kan. Pastu mulalah kulit badan terasa melekit. Bukan setakat melekit je. Bau tengik peluh pun sibuk nak munculkan diri. Haihh tak suka betul.

Saya pun mengalami masalah yang sama bila musim panas menjengah. Puas juga kalau asyik nak mandi tengahari je. Bukannya malas ke apa. Cuma masa rehat tu agak tak cukup untuk saya mandi. Dah laa saya ni  jenis mandi "agak" lama. Macam buang masa pulak.

Bau tengik tu memang amat menjengkelkan. Malu bila naik bas pergi ke kelas. Nak nak kalau tak dapat duduk pastu terpaksa berdiri. Bila dah berdiri tu terpaksalah buka ketiak. Kemudian.... Faham faham lah ye. Confident level masa tu dah jatuh merudum amat sangat walaupun pakai deodoran mahal. T_T

Tapi sekarang confident level saya dah makin meninggi. Bau ketiak tengik waktu tengahari dah hilang ! Haha. Ni semua jasa Harum Malam. Sungguh saya cakap. Harum Malam ni sesuai untuk orang ketiak busuk macam saya. Ihiks. Tak malu


aidashamsudin.blogspot.com
Mengandungi : Ekstrak Ros, Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut,
Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica, Strawberry, Senna.


Sejak pakai Harum Malam ni tak payah susah-susah tonyoh deodoran. Jimat duit beli deodoran pun ye jugak. Bukan setakat hilangkan bau badan je. Muka pun makin glowing. Wahh..



Parut jerawat pun makin pudar !

Selain daripada tu banyak lagi khasiat Harum Malam ni. Harum Malam ni bukan setakat untuk wanita dah berkahwin je. Tapi anak dara macam saya pun boleh guna. Wanita yang berusia pun tak terkecuali untuk guna produk ni. Cuma ibu mengandung tak digalakkan sebab risau susah bersalin (sempit).

Kelebihan & Khasiat Harum Malam 
  • Membantu menyegar dan menyihatkan badan.
  • Mencantikkan dan menaikkan seri wajah.
  • Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
  • Melegakan panas badan.
  • Menegangkan payudara.
  • Memulihkan rasa rapat.
  • Mengencang otot kewanitaan.
  • Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  • Menambah keharmonian suami isteri.
  • Menyihatkan rahim.
  • Mencantikkan payudara agar sihat dan montok.
  • Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering.
  • Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina.
  • Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing.
  • Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon.
  • Mengurangkan tekanan dan tension.
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan
Amalan penggunaan produk ni pun mudah. Minum 1 sudu besar pagi dan malam. Sekali di pagi sebelum breakfast dan sekali sebelum tidur. Jangan guna sudu besi ye. Sebab ada kandungan madu dalam Harum Malam. Risau khasiatnya hilang pulak.

Pantang Larang
  •  Elakkan minuman berais 
  • Ibu mengandung tidak dibenarkan
  • Minum ikut sukatan yang dibenarkan sahaja ( Tidak digalakkan mengambil lebih dari sukatan )
  • Untuk kesan yang maksimum,amalkan setiap hari.


Selamat beramal cantik !


Tuesday, 15 April 2014

Solat Sunat Taubat

Assalamualaikum.

Pernah tak korang rasa nak buat solat sunat taubat tapi tak tahu macam mana nak buat. Okay kali ni saya akan berkongsi ilmu dengan korang. Sharing is caring. Wahh gitu kau ! Haha

Rasulullah SAW. telah bersabda: 

“Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:

“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  

(HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

Mula-mula kita kena tahu, apakah fadhilat solat sunat taubat ni. Barulah niat di hati tu semakin kuat nak buat. Insya Allah.

Fadhilat Taubat :

1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.


Cara-cara mengerjakannya :

Niat solat sunat taubat



- Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun (3 kali) @ Ayat Kursi (11 kali)
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas (3 kali) @ (11 kali)

p/s  Ayat Kursi & Surah Al-Ikhlas selalu menjadi pilihan Rasululullah sebab pahala membacanya seperti pahala membaca satu Al-Quran.

- Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali :



 - Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali


 b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali


 c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar / Sayyidul Istighfar sebanyak 3 Kali :



Akhir sekali, baca doa taubat.

Doa taubat ni takda yang khusus selain beristighfar lepas solat. 
Seeloknya panjatkan doa kepada Allah untuk diampunkan dosa-dosanya.
Penghulu Istighfar / Sayyidul Istighfar pun boleh jadi sebagai doa. 
Yang penting hati kita ikhlas untuk taubat.


*Semoga bermanfaat !


p/s  Solat sunat taubat boleh dilakukan ANYTIME. Tapi lebih afdhal buat masa 2/3 malam. Macam qiammulail gitu. Sebab waktu tu waktu yang mudah untuk dekat pada Allah.


Monday, 7 April 2014

Bagaimana cara untuk menghilangkan kesedihan ?

Assalamualaikum.

Ya. Bagaimanakah cara untuk menghilangkan kesedihan ? Okay kat sini aku akan bentangkan cara-cara aku hilangkan kesedihan. Cara ni mungkin untuk sesetengah orang cuma bersifat sementara & pengurang kesedihan. Sejauh mana sedih itu berkurangan bergantung kepada usaha korang. Siapa ikut cara ni, Insya Allah akan menjadi. Ini bukan janji tapi PASTI. wee

POSITIF

Kenapa nak kena positif ? Haa meh nak cerita sikit.
Cuba korang bayangkan bila mana korang asyik duduk memikirkan benda yang buat korang sedih benda tu akan menjadi lebih sedih. Contohnya, korang ada buat satu kesilapan yang mana melibatkan diri korang macam failed atau "kurang mencapai" matlamat untuk capai pointer yang korang tetapkan untuk satu exam. Korang janganlah asyik nak salahkan diri sendiri atau takdir bila mana benda tu jadi. Cubalah positifkan mentaliti dengan mind setting korang akan bangkit dengan semangatnya untuk capai matlamat korang tu.
Fikirkan strategi baru. Come on lahh. Peluang tu masih ada selagi mana kita masih hidup.

p/s  Ada cerita masa zaman matrik aku dulu, ada sorang budak jadi kurang waras sebab pointer kurang 0.01 daripada 4.00.

ALIHKAN PERHATIAN

Alihkan perhatian kat sini bermaksud alihkan perhatian korang daripada benda yang buat korang sedih contohnya putus cinta ataupun terlampau rindukan yang tersayang. Haa kat sini takda unsur jiwang ye kawan-kawan. Maksud aku family *cover line cover line*. Point ni pun lebih kurang macam yang kat atas cuma beza sikit je. Bila sedih tu datang cuba buat aktiviti yang boleh buat korang rileks macam bersukan ke, melepak dengan kawan ke, tidur ke. Kalau macam aku, tidur je paling terbaik. Sebab bila aku terjaga kat dunia nyata mesti ada je benda yang boleh terkait dengan sedih aku tu.

p/s  Nangis puas-puas pastu kita tidur. Terasa hilang beban kat dada tu.



aidashamsudin.blogspot.com


LUAHKAN

Kalau rasa tak mampu sangat nak pendam sorang diri, luahkan saja sedih tu. Apa gunanya bercinta bagai nak rak tapi partner sendiri taknak manfaatkan? Ni sibuk kat partner orang lain. Tapi kalau dah partner tu jenis tak pandai nak menenangkan juga nak buat macam mana kan. Seelok-eloknya pilih lahh kawan-kawan yang boleh dipercayai. Masa nilah kita akan tahu sejauh mana ikhlas kawan kita tu. kalau tak percaya orang luar juga, adik-beradik , mak ayah pun ada. Susah senang macam mana kita sekalipun, keluarga tetap bersama kita ye kawan-kawan. INGAT. Kalau dah anak tunggal, pandai-pandailah ye.

p/s  Kalau macam aku luahkan dengan tulis diari atau bebel kat bantal busuk oren tu je. Takdalah dengar komen yang menambah sedih. Hehe

KETUHANAN

Kalau yang macam ni kira pasrah lahh orang cakap. Dah penat nangis luah habis cerita kita rujuk pada yang satu. Yang muslim boleh berzikir atau baca Al-Quran sebagai langkah akhir. cara ni paling berkesan bila mana kita kesusahan. Berdoa pun jangan dilupa. Doa senjata umat Islam. Kalau non-muslim pun lebih kurang, buat sesuatu yang mendekatkan diri kepada Tuhan supaya hati tenang. Pada yang tidak beragama, boleh pilih mana-mana cara untuk legakan perasaan sedih.

p/s  Ayah selalu pesan kalau sedih rajinkan diri baca Surah Yassin. Alhamdulillah pesan tu diamalkan selalu dan menjadi.

Okay itulah yang mampu dibentangkan. Semoga dapat dimanfaatkan dan berkesan. Insya Allah susah macam mana sekalipun jalan lain akan muncul. Yang penting kekuatan diri kita untuk tangani benda tu.


Tuesday, 25 March 2014

Kun Fayakun





When He says "Kun fayakun.." then it will be happen.
Innalillah.. Subhanallah..

Monday, 17 March 2014

Hujan Di Sintok !