from http://www.facebook.com/syafiq5113
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,, ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz Assalamualaikum dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh.
Ringkasnya, baginda SAW akan : Beri salam dengan ucapan - Assalamualaikum
dan… Jawab salam - Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh.
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah :
WAALAI KUMUS SALAM dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
WAALAI KUM SALAM
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan Assalamualaikum dengan A’kum dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan As Salam yang membawa maksud sama dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A’kum dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform A’kum, kita ingatkan dia guna As Salam kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
* Jangan guna Bye kerana Bye adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud Di Bawah Naungan Pope.
* Jangan guna A’kum kerana A’kum bermaksud Binatang dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna Semekom kerana Semekom bermaksud Celaka Kamu. Gunakan perkataan As Salam sebagai singkatan bagi Assalammualaikum.
Tolong kongsi kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya